Setelah bermain drum selama 30 tahun inilah kali pertama saya memiliki drum sendiri. Itupun set yang sederhana saja. Namun setelah saya test tone drum tu agak baik (lebih baik dari drumset yang di issue untuk Projek Rakan Muda seni Budaya Drum tempohari.Namun begitu kalau dapat satu set cymbal yang baik dan tukar drum head "REMO Pin stripe" saya pasti set ni akan memukau dari aspek bunyinya. Kalau dapat cymbal Zildjian atau setidak-tidaknya Meinl baru tangkap gempak. Kalau setakat untuk Event yang biasabiasa dah lepas dah ni. Lain lah kalau Konsert Mega....
Tapi yang penting sekali adalah siapa yang memainkannya.... kalau drummer bagus tentu tone yang terhasil akan berbeza kerana skill dan stroke individu adalah berbeza.