Friday, November 18, 2011

MY FIRST DRUMSET




Setelah bermain drum selama 30 tahun inilah kali pertama saya memiliki drum sendiri. Itupun set yang sederhana saja. Namun setelah saya test tone drum tu agak baik (lebih baik dari drumset yang di issue untuk Projek Rakan Muda seni Budaya Drum tempohari.Namun begitu kalau dapat satu set cymbal yang baik dan tukar drum head "REMO Pin stripe" saya pasti set ni akan memukau dari aspek bunyinya. Kalau dapat cymbal Zildjian atau setidak-tidaknya Meinl baru tangkap gempak. Kalau setakat untuk Event yang biasabiasa dah lepas dah ni. Lain lah kalau Konsert Mega....

Tapi yang penting sekali adalah siapa yang memainkannya.... kalau drummer bagus tentu tone yang terhasil akan berbeza kerana skill dan stroke individu adalah berbeza.





Saturday, November 12, 2011

KENANGAN SEMASA BERSAMA TSB 2002 HINGGA 2011

Berikut antara foto-foto saya semasa mengendalikan Tun Syed Band sepanjang mengemudi Pancaragam ini selama 10 tahun sejak 2002 sehingga kini. Walaupun kini saya telah berhijrah ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani Kedah namun kenangan semasa sama-sama meletakkan TSB pada kedudukannya sekarang sentiasa tersemat dalam ingatan saya dan anda semua. Saya masih lagi mengajar TSB sekali seminggu pada sebelah malam untuk terus memberi nyawa dan semangat kepada mereka yang masih  tinggal.
saya harap TSB akan terus maju walaupun ketiadaan saya dan selagi saya diperlukan untuk memberi tunjukajar kepada semua.