Tuesday, December 29, 2009

UJIAN KEMAJUAN KELAS DRUM RAKAN MUDA

Wow! Harini 27 Disember 2009 Ujian pertama kepada peserta-peserta rakan muda drumset..
Senario Pada hari ini ialah:
  • Ada yang gelabah!
  • Ada yang terkejut!
  • Ada yang bersedia
  • Ada yang bergantung nasib...

Objektif ujian pertama ini ialah untuk menguji sejauh mana para peserta menunjukkan komitmen didalam kursus ini... dan apa sahaja markah yang diperolehi adalah sebagai bukti sejauh mana pencapaian setakat 6 minggu kita menjalani kursus ini... Maknanya ada lagi 9 sesi ... 
Kami para fasilitator drum  iaitu saya , cikgu jamal dan cikgu sanin sangat-sangat mengharapkan hasrat anda semua untuk boleh dan mahir bermain drum akan terlaksana... Sekurang-kurangnya mereka yang bersusah payah datang menyeberang laut semata-mata untuk belajar akan mencapai hasil yang maksimum.

Bagi mereka yang markah mereka kurang jangan berkecil hati... kerana melalui ujian ini kita akan lebih memberi penekanan kepada anda dan mereka yang mendapat markah yang agak baik diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha.

Disebalik itu semua Minggu ini merupakan minggu terakhir Cik Linda bertugas menjaga program ini memandangkan beliau telah tamat kontrak dengan JABATAN  BELIA DAN SUKAN dan saya selaku ketua fasilitator untuk program ini ingin mewakili semua mengucapkan jutaan terimakasih diatas kerjasamanya dan mendoakan kesejahteraannya dan juga disambungkan lagi perkhidmatannya disini....

Berikut adalah markah2 yang anda perolehi

  1. M. Nasharudin (68%)
  2. M.Nazrul (50%)
  3. Siti Rahil (54%)
  4. Nasrullah (54%)
  5. Masyitah Kasim (41%)
  6. M. Izzudin (63%)
  7. M.Abdullah (61%)
  8. M. Syawal (48%)
  9. Intan Syariza (70%)
  10. Maryani (30%)
  11. Ahmad Syarifudin (61%)
  12. Maryati (27%)
  13. M Safwan (70%)
  14. Nur Syariza (55%)
  15. M Hanis M Sukeri (86%)
  16. M Syahirul (41%)
  17. M. Irwan (52%)
  18. M. Hanis M Husain (55%)
  19. M. Helmi (50%)
*Bagi mereka yang belum menduduki ujian ini boleh melakukannya minggu hadapan ...
MINTA KERJASAMA PESERTA MEMAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KURSUS DAN AJAK MEREKA DATANG PADA MINGGU-MINGGU HADAPAN......

Wednesday, December 23, 2009

SESI KE5 20 DISEMBER 2009



Pagi-pagi lagi semua peserta dikejutkan dengan berita Gimnasium diguna untuk perlawanan JUDO...So last2 kita guna bilik stor drum yang telah dijadikan bilik Cyber untuk latihan KITA HARI NI... Saiz bilik memang kecil tapi pada akhir kelas... rumusan yang dapat dibuat ialah keadaan ini adalah lebih baik dari Gimnasium kerana bunyi taklah bergema sangat dan masing-masing diajar untuk mengawal permainan sesuai dengan keadaan bilik itu.
Pada pendapat saya, adalah lebih mudah mengawal semua pemain dalam situasi macam tu.

Perjalanan latihan hari ini:
  • Kehadiran lebih baik
  • Pelatih sudah mula menunjukkan peningkatan dan pemahaman
  • Menghayati muzik
  • Memahami apa yang dimaksudkan tempo
  • Penekanan kepada tone yang dihasilkan
  • Tempo semasa main dan cara mengawal
  • Basic iringan lagu
  • Latihan sight reading(baca skor)
Latih tubi:
  •  paluan satuan
  • double stroke
  • titir(roll)
  • flam
  • drag
  • 16th slow rock 4/4
  • 8th rock 4/4
  • Quarter Rock 4/4
  • 6/8 blues
  • 6/8 swing/shuffle
  • Inang
  • Masri
  • Zapin
  • Joget
  • Asli
  • Lagu 1
  • Lagu 2
  • Lagu 3
  • Lagu 4
  • Lagu 5
  • Lagu Tambahan
*Kemahiran-kemahiran diatas akan diuji pada semua pelatih untuk melihat sejauh mana pencapaian setakat ini mengikut kemampuan diri masing-masing.
Harap semua dapat hadir pada 27 Disember ini

DRUMSET UNTUK DIJUAL (SET BARU)


RM1699
KALAU BERMINAT BOLEH TEMPAH:

  • TERIMA DALAM 30 HARI


  • WARNA BOLEH PILIH


  • 5 PLY BIRTH 2 PLY MAPLE


  • HARDWARE: DIE CAST


  • GRADE: HIGH GRADE


  • KEMASAN:LACQUER




RM1499


  • WARNA BOLEH PILIH


  • 5 PLY BIRTH


  • HARDWARE: CHROME PLATED


  • GRADE: COMMON


  • KEMASAN:PVC


CARA BAYARAN BOLEH DIRUNDING.



SESI KE- 4 13 DISEMBER 2009

Latihan berjalan macam biasa dan pada minggu ni kehadiran agak merosot dan semua perancangan awal tak dapat berjalan dengan lancar. Ramai yang tak hadir .. Pi makan kenduri kut.. Jadi kelas terpaksa ditamatkan awal daripada biasa.Namun begitu bagi yang hadir.. tahniah kerana anda berjaya mendapat tips-tips dan peluang drumming yang lebih memandangkan banyak slot kosong  diisi oleh mereka yang hadir. Bagi yang belum menjelaskan duit Buku dan CD tolonglah settlekan ya....