Saturday, September 12, 2009

PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN DRUM

Drumset seperti juga alat-alat muzik yang lain perlu diberi perhatian dan penjagaan sempurna untuk memastikan ianya berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

1.  Kulit Drum :Kulit Drum  yang terlalu lama(season) akan menyebabkan tone yang terhasil kurang memuaskan. Sentiasa pastikan Kulit Drum kita tidak disalahguna iaitu dengan mengetuk menggunakan objek lain selain daripada kayu drum kerana ia akan mencederakan permukaannya . Sentiasa pastikan kayu drum yang digunakan dalam keadaan elok kerana sekiranya terdapat serpihan tajam padanya kemungkinan besar akan mengoyakkan kulit drum itu. Kulit Drum yang terpasang pada pada satu jangka masa yang lama akan berkeadaan seolah-olah kurang bermaya tetapi bila di"tune" semula ia akan mendapat tonenya kembali. Jika kita gagal mendapatkan satu tone yang baik itu petanda sudah sampai masa untuk menukar kulit drum yang baru.
2. Bahagian Mekanikal
  • Kick Drum- Spring dan rantai pedal dalam keadaan baik dan tidak mengeluarkan bunyi.
  • Hi-hat - Spring  dan rantai dalam keadaan baik
  • Bubuh minyak yang sesuai pada rantai dan bahagian-bahagian bergerak untuk mengelakkan kehausan dan mengurangkan bunyi
3.Mengelakkan Drum Menggelongsor sewaktu bermain.
  •  Alas Drumset dengan carpet. Drum anda pasti tidak akan berganjak daripada lokasinya. Ini juga akan dapat menjaga Drumset itu sendiri
4.Gabus pada Nat Cymbal .
  • pastikan masih tebal  dan tidak haus. Merosakkan Cymbal dan menghalang Getaran Cymbal itu.    
5. Cymbal- Jangan dibiarkan cymbal anda terdedah  sepanjang masa . Ini akan menyebabkan cymbal itu hilang kilatannya dan kurangkan menyentuh dengan tangan kerana lembapan pada jari jemari kita akan melunturkan kemasan dan kilatannya.  Sekiranya kita baru membeli cymbal itulah masa yang terbaik untuk mengekalkan kilatannnya iaitu dengan membeli beg simpanan cymbal yang harganya tidaklah semahal drumset atau cymbal itu sendiri 

Klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelenggaraan Drumset  1
Klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelenggaraan Drumset  2

Video Tutorial penyelenggaraan Drumset

Drum Maintenance -- powered by eHow.com

0 comments:

Post a Comment