Tuesday, September 8, 2009

RENTAK MELAYU TRADISIONAL (Drumset)

RENTAK JOGET

Malaysia juga kaya dengan rentak-rentak tradisionalmya. Di antara rentak-rentak itu adalah Rentak Joget. Rentak Joget dikaitkan dengan Bangsa Portugis yang menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Lagu Joget Portugis yang terkenal ialah lagu Jingkling Nona. Kini rentak joget terkenal diseluruh Tanah Melayu sebagai suatu rentak yang bertenaga . Antara lagu-lagu Joget yang terkenal ialah Joget Malaysia,Joget Pahang(P.Ramlee), Joget Kelantan, Joget Mak Enon(Carefree) Joget Penghibur
Beginilah bunyinya rentak Joget bila
dimainkan dengan Drumset













RENTAK ASLI

Rentak ini terkenal dengan lemah gemalai alunannya dan juga iramanya yang menikam kalbu. Dengarkan lagu Seri Mersing nyanyian Biduanita Dato Sharifah Aini  dan Dato Siti Nurhaliza dan anda pasti setuju dengan apa yang saya maksudkan.









RENTAK INANG
Rentak ini banyak digunakan dalam lagu-lagu lama mahupun baru kerana kesesuaiannya iramanya dengan lagu-lagu melayu. Adakalanya dalam lagu-lagu berentak Asli , rentak inang turut dimuatkan sebagai menukar mood lagu tersebut. Contoh lagu berentak Inang ialah lagu Pandang-pandang Jeling-jeling.








RENTAK MASRI
Rentak ini banyak digunakan dalam lagu-lagu berirama padang pasir dan juga lagu-lagu nasyid.
Lagu Zakiah Nyanyian Kumpulan Sweet Charity  suatu masa dulu memasukkan unsur-unsur padang pasir irama Masri di dalam lagu ini berselang-seli dengan rentak Inang. Dengar dan cuba amati irama rentak Masri yang terdapat di dalam lagu ini.









RENTAK ZAPIN
Lebih dikenali terutamanya di Johor kerana tarian Zapinnya.Rentak zapin begitu bertenaga bila ditarikan . Di fahamkan ianya berasal dari Timur Tengah
Lagu Ya Maulai nyanyian Dato Siti Nurhaliza membawa rentak zapin yang sederhana tetapi cukup mengesankan. Versi Tarian  Zapin dari Johor agak pantas dan energetik memerlukan back up daripada pemain perkusi untuk menimbulkan feel yang sebenar zapin. Dalam soal lagu Ya Maulai. Drum Set  sudah mampu untuk mengiringi lagu ini.








0 comments:

Post a Comment