Wednesday, September 9, 2009
Teknik Asas Paluan menggunakan Match Grip /Traditional Grip
Posted by
suhaimeeahmad
at
1:35 AM
TITIR dua-an : (BUZZ ROLL)
Titir merupakan antara kemahiran pertama yang diajar kepada mana-mana individu yang ingin mempelajari drum. Sejak saya mula bermain drum dan kemudiannya mula melatih kawan-kawan dan pelajar-pelajar , titir menjadi satu syarat wajib bagi setiap drummer sebelum beliau boleh diterima atau maju ke pelajaran seterusnya.
Single Stroke adalah lebih mudah dimainkan kerana kita tidak perlu membiarkan kayu itu melantun . Selalunya kemahiran ini boleh diperolehi dalam masa yang singkat tetapi kemahiran titir memakan sedikit masa untuk seseorang itu mendapat konsepnya. Apabila seseorang itu sudah memahami konsep , apa yang perlu ialah latihan demi latihan bertujuan untuk mendapatkan konsistensi , menghalus dan mencantikkan lagi bunyi titir yang dimainkan itu. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan titir yang baik. Kebiasaannya saya akan memberikan ruang masa selama sebulan untuk seseorang itu menguasai kemahiran titir ini.
Sila lihat video tutorial untuk melihat bagaimana titir dilaksanakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
oh baru jumpa istilah melayu untuk rudiments. hehe
Post a Comment