Thursday, March 11, 2010

BERITA TERKINI PROGRAM RAKAN MUDA SENI BUDAYA PULAU PINANG


Pagi semalam, Datuk A Rahman Hassan (gambar diatas)telah menghubungi saya tentang program rakan muda seni budaya peringkat negeri Pulau Pinang yang telah tertangguh pada hujung bulan Januari yang lalu. Untuk pengetahuan semua pelatih kursus , kursus berkenaan telah ditangguhkan kerana pihak Majlis Muzik Malaysia telah kehabisan dana yang disalurkan oleh Pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk program ini.

Keadaan itu telah menyebabkan program ini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kemelut ini berpunca daripada kegagalan pihak MMM menyalurkan bayaran elaun kepada semua Jurulatih sejak bulan Disember lagi. 

Tujuan Datuk A Rahman Hassan  menelefon saya adalah untuk memberinya sedikit  masa mencari jalan untuk menjernihkan keadaan ini supaya  program ini akan dapat diteruskan dan berjalan dengan lebih lancar.
Pihak Jurulatih bersedia memberi kerjasama apatah lagi Datuk A. Rahman Hassan bukanlah calang-calang orang. Sebagai Presiden MMM dia pasti akan berusaha demi untuk menjaga nama baik MMM dan juga program Rakan Muda Seni Budaya yang diperjuangkannya.



2 comments:

irwanahmad said...

saya berharap sangat2 MMM dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin... sy mewakili sume pelajar merasakan begitu hampa skali diatas kejadian sebegini... kami telah memberi sepenuh-penuh komitmen untuk menjayakan program ini... hanya beberapa sesi saja lagi kami akan menamatkan kursus ni... saya harap presiden MMM dapat meneruskan program ni dengan jaya...

suhaimeeahmad said...

Sayapun tidak rasa selesa dengan keadaan ini namun sebagai tenaga pengajar kami tak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa ditangan MMM . Malah kami terus mengajar walaupun bayaran tak diterima.Setelah arahan diterima untuk menangguhkan kelas barulah kami terpaksa berhentikan. Saya harap pelajar dapat bertindak kerana saya rasa kuasa anda lebih besar daripada kami tenaga pengajar. Bila kami bising.. mereka kata kami cuma pentingkan wang. Buatlah apa yang patut.

Post a Comment