“Drum Strokes”
Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan .
1. Stroke asas:
Memukul drum head dengan kayu drum untuk mengeluarkan bunyi snare yang bersih. Stroke jenis ini sesuai untuk lagu-lagu sentimental dan tidak mengkehendakkan powerplay daripada drummer. Pukulan mestilah dibuat ditengah-tengah snare drum .
2. Rim-shot
Kayu dipukul diantara drum head dengan rim menghasilkan bunyi yang agak bingit untuk menghasilkan groove drummer.Selalunya lagu yang mempunyai ciri-ciri groove funky , latin dan juga hard rock menggunakan teknik ini di dalam lagu yang dimainkan.
3. Rim Tap.
Apabila kita memainkan rentak 8 beat atau 16 beat dalam sesebuah lagu Rim Tap banyak sekali digunakan . Rim Tap dimainkan pada bahagian verse awal sesebuah lagu untuk menimbulkan suasana tenang dan apabila tiba bahagian korus barulah drummer akan memainkan snare.
4. Dead sticking :
Pukulan padu untuk lagu-lagu Heavy Metal dan Punk Metal.
5.Flam
Satu lagi teknik ketukan yang menarik ialah flam. Caranya ialah dengan mengetuk dengan menggunakan kedua-dua tangan hampir serentak. Untuk teknik ini sebelah tangan berada rendah dan dekat dengan kulit drum dan yang satu lagi tinggi sedikit. Apabila kita mengetuk serentak. Kayu yang rendah (grace note akan tiba dulu dan kayu yang tinggi(Accent note )akan tiba lewat sedikit. Bunyi yang terhasil tidak serentak dan ini yang dinamakan flam. Stroke ini sangat bagus dan seringkali digunakan oleh kebanyakan drummer dalam fill in dan solo mereka.
6. Teknik Wire Brush
Teknik ini tidak menggunakan Kayu Drum tetapi sebaliknya menggunakan wire Brush . Digunakan dalam lagu-lagu berentak Jazz dan Shuffle
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Cikgu Suhaimee punya stroke tak de ke?
Post a Comment