Dengan kebolehan bermain beberapa jenis rentak asas anda sudah boleh melayakkan diri anda menyertai mana-mana kumpulan muzik rock yang anda idamkan. Ritma di dalam seksyen ini meliputi semua gaya yang anda pernah temui. Apa yang penting ialah anda mestilah mampu bermain dengan padu, mantap dan bertenaga.
Beat asas anda juga perlu kuat, bass drum mesti padu dan hi-hatnya berjalan lancar.Anda juga harus memainkan ke semua alat ini (snare drum, bass drum, dan hi-hat) secara "synchronise" diantara satu sama lain.
Neutral klef juga dikenali sebagai percussion klef.
Tangan kanan selalunya bertindak sebagai tangan utama yang memainkan hi-hat . Di dalam notasi ,hi hat terletak pada ruang teratas selepas baluk yang teratas klef neutral. Tangan kiri memainkan snare. Notasi terletak pada ruang ke tiga dari bawah klef neutral. Notasi Bass Drum pula terletak pada ruang pertama dari bawah.
Tip permainan Hi-hat:
Drummer perlu menguji hi-hat untuk mengetahui tekanan yang sepatutnya diberikan kepada pedal hi-hat semasa permainan . Kebiasaannya sekiranya kita mengenakan tekanan yang terlalu kuat, maka bunyi yang terhasil semasa kita mengetuknya ialah bunyi "ichicki" yang ketat sementara jika diberi tekanan yang sederhana maka bunyi hi-hat yang terhasil pula ialah "ichshhi" yang lebih kuat dan jelas. Kadangkala drummer akan membuat "adjustment" semasa main kerana pada ketika itu dia akan lebih memahami situasi dan keadaan akustik tempat persembahan .
Eighth-note feel terdiri daripada 8 not yang dimainkan atas hi- hat atau ride cymbal. Ianya dipanggil straight eighth-note feel kerana kita memainkan eighth notes(seperti yang tertulis pada skor). Snare drum pula dimainkan pada beat kedua dan keempat pada measure itu.
Sixteenth-note feel: Sixteenth-note feel sama seperti eighth-note feel kecuali kita memainkan sixteenth notes atau variasi pada sixteenth note di atas hi-hats atau ride cymbal
Slow Rock 6/8 beat
Slow Rock menggunakan meter 6'/8 . Ritma ini banyak digunakan untuk lagu-lagu Ballad seperti contoh:
lagu "Antara Anyir dan Jakarta "nyanyian Sheila Majid.
SAKSIKAN VIDEO TUTORIAL
Latih semua rentak dan variasinya satu demi satu sehingga anda mampu memainkannya dengan baik dan juga dalam pelbagai tempo permainan .
SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment