feleceh
Sebuah drumset yang asas termasuklah sebuah snare drum, bass drum, 2 buah tom-tom, 1 floor tom, Hi hat, Crash cymbal, Ride Cymbal dan Throne(bangku)
Drumset terbahagi kepada 2 jenis
1.Drumset Akustik
2.Drumset Electronic
Akustik vs Elektronik
"Electronic drums are not meant to completely replace real acoustic drums. They simulate acoustic drums and are a different musical instrument."
http://drumsetfun.com/electronic-drums-vs-acoustic.php
Drum Elektronik dicipta bukan untuk menggantikan sepenuhnya drum akustik. Ianya dicipta untuk menghasilkan stimulasi bunyi drum akustik dan disifatkan sebagai satu alat muzik yang berbeza.
Bagi penggemar drum tentu sekali pilihan mereka adalah drum akustik kerana drum ini memberi kepuasan dalam erti kata yang sebenarnya. Aspek keaslian bunyi yang terhasil dan reaksi drum itu dengan sendirinya menggambarkan pemainnya ketika itu. Kepaduan, ton dan dinamiks dapat dibentuk oleh drummer .
Drum Elektronik pula memiliki kelebihan dari aspek mampu menala pelbagai bunyi drumset mengikut citarasa pemainnya . Namun kesan bunyi yang terhasil agak sama di antara satu pemain dengan yang lain kerana kesan bunyinya telah dipreset secara digital dan ini menjanjikan bunyi yang stereotype kepada semua pemain. Kita tidak dapat menyangkal bahawa kemajuan teknologi telah berjaya mencipta drum-drum elektronik yang menghasilkan bunyi-bunyi yang hebat dan menarik tetapi sekiranya kita hendak melihat skill sebenar seseorang drummer bukanlah dengan mendengar beliau memainkan drum elektronik kerana orang yang tidak pandai main sekalipun akan didengari seolah-olah hebat apabila memainkannya.
Walaupun begitu ternyata di dalam persembahan secara profesional , orang masih terus memilih untuk menggunakan drum akustik yang di pasang microphone kerana kesan bunyi drum itu dapat di kawal oleh pemain drum itu sendiri mengikut dinamik lagu.:
MICROPHONE UNTUK DRUM
Ternyata walau secanggih mana sesebuah drumset elektronik itu, drummer masih memilih drum akustik kerana ianya lebih "feel" semasa bermain
Namun satu fakta yang tidak dapat disangkal tentang drumset ialah bunyinya yang agak kuat tambahan lagi untuk lagu-lagu Rock dan lagu-lagu rancak. Di sinilah drum elektronik mengambil tempat kerana ia boleh dimainkan tanpa mengganggu orang disekeliling dan juga jiran tetangga . Drummer boleh menggunakan Headphone semasa latihan dan hanya dia sahaja yang mendengar apa yang dimainkannya. Bukan itu sahaja ,beliau juga boleh " play along "dengan mana-mana lagu yang diminatinya tanpa perlu menyakitkan hati sesiapapun .
TONTONI KLIP VIDEO "ELECTRONIC VS ACOUSTIC DRUM"
1 comments:
pada mula, kalau ikut ego mahu mengekalkan bunyi hidup waktu main, iaitu akustik. tapi, bila timbang banyak faktor, untuk pemula macam saya, drum elektrik lebih menepati keadaan semasa. kos untuk setup bilik kedap bunyi lagi jika ambil drum betul. akustik tetap di hati
Post a Comment