Monday, August 31, 2009

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN



Sila klik di atas untuk mendengar lagu TAKE FIVE oleh : Dave Brubeck







Blog Malaysia Drummer Zone dibangunkan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu tentang permainan drumset. Di dalam blog ini anda berpeluang mempelajari teknik-teknik asas permainan drumset yang telah dikumpul dan disusunkan untuk memberi kemudahan kepada anda untuk membuat rujukan berhubung drum , permainan drum, rentak-rentak tradisi melayu, fakta-fakta menarik tentang drum dan banyak lagi .
Melalui rakaman video dan muat turun video yang telah dikumpulkan di dalam blog ini, anda tidak perlu bersusahpayah untuk mencari di sana-sini untuk maklumat yang anda inginkan. Saya percaya kebanyakan daripada perkara-perkara yang anda ingin tahu sudah dikumpulkan di sini berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain drum selama 29 tahun. Di harapkan  sumber rujukan ini dapat membantu anda dalam pengajian dan apa jua tujuan anda .
Sehubungan itu saya sekali lagi mengalu-alukan kunjungan anda ke blog ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak  yang telah memberi perangsang dan sokongan sehingga terbinanya blog Malaysia Drummer Zone ini terutama sekali kepada Pensyarah yang menyelia Projek Masters saya ini iaitu Prof Madya Zaharul Lailiddin B Haji Saidon yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya.
Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment