METRONOME TRADISIONAL
METRONOME ELEKTRONIK
Kawalan tempo seseorang pemain drum adalah sangat penting . Drum adalah umpama nadi kepada muzik. Sekiranya nadi tidak tidak bergerak dengan lancar atau tersangkut-sangkut tentu tubuh manusia dalam keadaan huru-hara. Semua instrument lain dalam ensemble yang sama perlu mematuhi tempo yang dimainkan oleh drummer melainkan ada konduktor yang memberi tempo di hadapan. Seorang pemain drum perlu mengawal tempo supaya ianya tidak berubah-ubah semasa lagu sedang dimainkan. Nampak mudah tetapi atas faktor kita sebagai manusia , laju atau perlahan ada bersangkutan dengan emosi seseorang pemain itu, Drummer bukanlah Robot yang telah diprogramkan . Tempo manusia seringkali berubah-ubah tetapi masalah itu sebenarnya bukanlah tidak dapat diatasi . Apa yang penting ialah latihan . Untuk itu latihan dengan menggunakan "Metronome" perlulah dijalankan pada setiap masa sehinggalah seseorang itu boleh mengawal tempo dengan baik.SILA KLIK UNTUK INFO TAMBAHAN BERHUBUNG METRONOME.
SHAREWARE METRONOME DOWNLOADS
0 comments:
Post a Comment