Cymbal
Dave Weckle : Drum Set dengan pelbagai jenis Cymbal .
Cymbal adalah diantara komponen penting di dalam drum. Ia memainkan peranan yang sama penting dengan komponen-komponen lain didalam sebuah set-up drumset. Apabila kita membeli drum berharga rendah anda akan diberikan sepasang Hi-hat dan sebuah cymbal . Cymbal yang diberikan itu pula selalunya berkualiti rendah sekadar untuk mencukupkan sifat sesebuah drumset.
Bagi mereka yang sudah lama bermain drum cymbal-cymbal seperti ini tidak lebih daripada hanya untuk menyakitkan telinga sahaja. Bunyi "crispy" dan "crash"nya langsung tidak timbul yang menyebabkan drummer hilang mood untuk bermain. Untuk mendapatkan cymbal yang berkualiti tinggi bukanlah suatu yang mudah kerana kosnya agak tinggi:
Jika anda ingin membeli cymbal yang berkualiti anda perlu memikirkan beberapa perkara
1. Jenama- Sila klik sebelah Zildjian - Sabian - Paiste - Meinl - Turkish - Istanbul - Headliner
2. Cymbal-cymbal ini ada yang didatangkan didalam satu pakej yang mengandungi Hi-hat, Crash dan Ride cymbal. Cymbal yang lebih mahal ialah jenis "Hand Tempered Cymbal" yang mempunyai kesan dan "sting" yang tersendiri. Cymbal berkualiti tinggi biasanya dijual secara individu dan pilihan boleh dibuat berdasarkan kehendak seseorang dan keperluan permainannya. Cymbal bajet rendah selalunya ditempa oleh mesin dan ianya murah dan mampu dimiliki .
3. Jenis-jenis cymbal:
Sila klik untuk maklumat lanjut berkenaan jenis-jenis cymbal di-atas
Tips on Types of Cymbals -- powered by eHow.com
Penjagaan:
Setelah menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cymbal yang terbaik ,seperkara yang perlu kita ambil kira ialah pembelian beg khas untuk simpanan cymbal. Ia amat penting untuk mengekalkan kilatan pada cymbal-cymbal berkenaan. Juga untuk mengelakkan cymbal itu kemik atau bengkok dalam perjalanan ke tempat persembahan.
Beg cymbal
0 comments:
Post a Comment