Saturday, September 12, 2009

BASS DRUM

BASS DRUM
Cuba bayangkan bagaimana bermain drum tanpa Bass Drum. Tentu sekali perasaan tidak puas itu akan terasa. Bass Drum juga merupakan komponen terbesar di dalam drumset dan bahagian yang paling susah dari segi logistik jika anda mempunyai kereta yang kecil.
Saya masih ingat Drumset Bapa saya Jenama Yamaha dibawa kesana kemari untuk function hanya dengan menggunakan kereta Mini 850 pada tahun 70-an. Masih muat kerana dia hanya menggunakan 5 piece set iaitu 1 Bass Drum , 1 Floor Tom, 1 Snare dan dua Tom-tom manakala perkakasan yang lain disimpan didalam satu peti kayu yang dibuat dengan kemas. Setiap Drum disimpan didalam sarung yang menyerupai sarung bantal. Drum itu bertahan lama sehinggalah dijual kepada Saudara Basir Ahmad (Teruna Ria) tahun 1978 tahun bapa saya menggantungkan kayu drumnya sebagai pemain drum profesional. Saya masih ingat kemasan drum itu iaitu berwarna kuning hitam seperti warna harimau. Kalau masih ada lagi drum itu ingin  saya membelinya semula.
Bass Drum amat penting kerana jika tidak di tala(tuning) dengan betul , ia  menjadi kurang sedap. Dahulu orang meletakkan kain melintangi Kulit Drum untuk mengurangkan bunyi tong kosong . Ada yang meletakkan bantal , kain dan apa saja yang dirasakan dapat memedap bunyi bass drum itu supaya lebih solid bunyinya.
Kini dengan kemajuan teknologi, kain tidak lagi kelihatan melintangi bass drum. Sudah terdapat satu benda yang dinamakan "MUFFLE" yang dapat memberi kesan bunyi yang baik kepada bass drum  . Semasa rakaman ataupun konsert Jurutera bunyi  tidak sekadar menggunakan microphone untuk menaikkan bunyi tetapi menggunakan "Sound Module" untuk mendapatkan bunyi bass drum dan yang lain-lain. Bunyi itu boleh dipreset seperti bunyi di studio.

Teknik tuning Bass Drum



Bass Drum Muffling Tips -- powered by eHow.com

2 comments:

a.u.f.a_2f said...

byk maklumat ttg drum diperolehi dr blog ni.
nmpknya minat ckgu bercambah dari pengalaman bersama bapa..harap satu hari nnt, ckgu akn dpt menubuhkan kugiran sndri..:)

AkuMuzikFilem said...

harap blog cikgu ini aktif sampai bila-bila. banyak yang saya nak belajar terutamanya rudiments

Post a Comment