Tuesday, September 1, 2009

DRUMMER-DRUMMER LAGENDA TEMPATAN

Siapakah drummer tempatan pilihan anda ?
Senarai drummer-drummer dalam muzik "mainstream " di Malaysia.
1. LEWIS PRAGASAM
Saya membesar dengan mengenali nama ini dan beliau dikategorikan sebagai antara drummer terhebat Asia . Beliau menubuhkan kumpulan  ASIA BEAT yang terkenal dengan muzik Jazznya  yang unik dan gemar menggabungkan elemen muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia iaitu alat-alat perkusi Melayu, India , Cina dan etnik-etnik lain di Malaysia di dalam  persembahannya .
Kebolehannya berinteraksi diantara drumset yang dimainkan dengan alat-alat perkusi etnik ini meletakkan beliau dikelasnya yang tersendiri.

Klik di bawah untuk saksikan kehebatan Lewis Pragasam



2. GARY GIDEON
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi kanak-kanak. Gary  muncul dengan EP terbitan Ahmad Nawab keluaran EMI (1975). Lagu-lagunya yang popular seperti "harapan Berbakti", "Di mana Ibu", "Potret Monalisa" dan banyak lagi. Gary Gideon pernah berlakon dalam filem berwarna "Rahsia Hatiku" terbitan Studio Merdeka arahan Naz Achaz (1975) memegang watak Omar cucu kepada Tuan Haji lakonan Ali Rahman. Dalam filem tersebut, Gary turut menyanyikan sebuah lagu Hari Raya dan lagu "Di mana Ibu".

Dari seorang penyanyi beliau kini merupakan antara drummer dan "sessionist" yang hangat dan seringkali dipilih untuk menjayakan konsert-konsert mega oleh ramai Komposer dan Pengarah Muzik Tempatan. Kelibatnya selalu dapat kita saksikan di dalam kaca TV  mengiringi penyanyi-penyanyi terkenal tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir , Mawi dan banyak lagi. Ramai dikalangan pemuzik-pemuzik  dan peminat-peminatnya menganggap Gary Gideon sebagai Top Drummer di Malaysia kerana beliau mempunyai "groove" diantara yang terbaik di Malaysia,

Klik di bawah untuk saksi sesi rakaman lagu oleh Gary Gideon



3. ZAHID AHMAD

sila klik




Fikirkan Dulu - Sheila Majid


Lagu ini dimainkan oleh Zahid Ahmad
Seorang sessionist drummer yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1966 dan mula menjinakkan diri dengan drum dan perkusi sejak berusia 10 tahun.Pada lewat tahun 70-an beliau menyertai kumpulan "Split Times" dan menghasilkan beberapa album.
Beliau telah menyertai RAP  (Roslan Aziz Production) dan telah menjadi residen drummer untuk RAP dan disifatkan diantara drummer hebat. Sebagai seorang drummer saya  kagum dengan gaya permainan Zahid dan sentuhannya sememangnya istimewa. Saya juga suka dengan gaya  "set-up"  drumnya yang
lain daripada yang lain di Malaysia pada ketika itu . Beliau dipilh untuk mengiringi Diva Jazz Malaysia Sheila Majid samada semasa rakaman dan juga konsert . Melalui konsert jelajah tempatan dan antarabangsa Zahid telah dapat menunjukkan bakatnya di negara-negara seperti Jepun , Indonesia dan Singapura.Pada tahun 90an dia mendapat tempat sebagai Pengarah Muzikal, Penerbit dan Pensyarah jawatan yang disandangnya  di Universiti Teknologi Mara. Beliau mengajar perkusi dan drumming.Seterusnya , Zahid bertugas sebagai pensyarah  topik perkusi di Akademi Seni Kebangsaan sehingga tahun 2006
sila klik untuk maklumat tambahan.

4. YAZID AHMAD (SEARCH)

Yazid merupakan drummer Genre Rock . Beliau merupakan drummer untuk Kumpulan Rock  No 1 Negara iaitu Search . Beliau merupakan abang kepada Zahid Ahmad  yang kita sebut sebelum ini. Oleh kerana genre muzik yang dimainkannya ialah rock maka gaya permainannya jelas berbeza daripada adiknya . Stroke beliau lebih keras , padu dan mantap. Banyak lagu-lagu Search yang menuntut drummernya mengekalkan kelajuan  dalam permainan dan permainan bass drum  double paddlenya memang diakui hebat sekali.

Sila klik di bawah



5. Amy (Jeep Jazz Trio)

Beliau adalah anggota kumpulan Jeep Jazz Trio dari Utara Tanahair. Genre muziknya ialah Jazz . Kini Beliau menjadi tenaga pengajar drum di Hitz Studio Penang. Beliau banyak menyertai festival-festival Jazz di dalam dan di luar negara. Gaya permainannya menarik dan relax," smooth wristwork" dan juga ada groove tersendiri. Saya berpeluang bermain dengannya pada tahun 2004 cuma sebagai percussionist undangan untuk Jeep Latino Jazz Band dalam satu Dinner Show di Hotel Rasa Sayang. Pulau Pinang. Itupun dah kira antara my best experience la bagi saya.





6. SUHAIMEEAHMAD

Mula bermain drum pada usia 13 tahun . Bapanya Ahmad Hassan juga merupakan seorang drummer hebat pada era 70an dan 80an. Kini berkhidmat sebagai seorang guru muzik di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Bukit Mertajam Pulau Pinang. Melanjutkan pelajaran Masters Music Education di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim Perak.




 7. Arthur Kam
Berumur 17 tahun  beliau adalah  genius drum  tempatan. Beliau telah memenangi  pertandingan pencarian drummer  oleh Modern Drummer Magazine's worldwide . Sila tonton temuramah dan kehebatan beliau di dalam klip video dibawah.





7. John Thomas
Seorang Drummer Jazz yang sedang mengukir nama sebagai salah seorang drummer hebat generasi baru. Telah menjelajah dunia mengiringi Pop Star Taiwan A-Mei . Membesar di dalam keluarga muzik dimana bapa beliau adalah Jose Thomas  seorang gitarist yang terkenal di negara kita.

4 comments:

zakiani said...

Tahniah kerana mewujudkan blog ini untuk tatapan pemuzik di Malaysia.Semoga menjadi tempat rujukan drummer di negara kita dan memantapkan fungsi acoustic drums dalam rhythm section. Sejak muncul industrial music, peranan drummer kelihatan kurang penting... authentic sound telah hilang, feel and art telah hilang. Selamat berjaya.
zakiani

suhaimeeahmad said...

T.Kasih dengan komen yang membina . Sememang itu tujuan dan hasrat. Semoga blog ini mampu disiapkan dan dijadikan rujukan semua pihak. Mengharapkan cadangan dan sokongan daripada semua..Wassalam..
MALAYSIADRUMMERZONE

jasmi@amy said...

Tahniah diatas kewujudan blog ini, semoga ia memberi idea dan inspirasi buat semua terutama drummer di luar sana....good job.

Ikhlas
amy drummer/house of drum

suhaimeeahmad said...

ThanX for visiting.. It is such an honour to see you here...hoping it can be one of the platform to unite us malaysian drummers...

Post a Comment