KOLEKSI KAYU DRUM
Bila kita bercakap tentang bermain drumset kita mesti tidak dapat mengelakkan daripada bertanyakan tentang kayunya.
Terdapat pelbagai jenis kayu drum di pasaran. Bagaimana hendak memilih kayu yang sesuai dengan kita? Kayu-kayu drum ini terdiri daripada pelbagai jenis dan jenama dan setiap satunya berbeza dari segi material, kepala (tip) ,saiz kayu, berat kayu dan fungsinya. Saiz yang agak sesuai untuk seorang yang baru mula bermain dengan drum ialah 5A atau 5B. Saiz kayu ini tidak terlalu kecil mahupun terlalu berat.Juga terdapat sejenis pengetuk berdawai yang dinamakan wire brush yang mana fungsinya lebih kepada jazz dan muzik ringan. Bunyi geseran yang terhasil daripada wire brush itu akan mewujudkan satu feel yang tenang dan tersendiri.
WIRE BRUSH (RETRACTABLE)
Bagi seseorang pemain drum yang tulen, pastinya telah mencuba pelbagai jenis kayu drum dan bagi saya di antara kayu drum yang menjadi pilihan saya ialah jenis “TAMA” siri 216B Japanese Oak dan siri-siri lain mengikut saiz yang sesuai untuk sesebuah lagu. Saya amat suka dengan tekstur kayu tersebut yang tidak licin seperti sesetengah kayu yang mana akan menyebabkan kayu terpelanting dari tangan akibat licin peluh. Kayu ini seolah-olah menyerap peluh dan buktinya kayu ini akan menjadi lebih gelap selepas kita menggunakannya.
Bagi ayah saya yang juga seorang bekas freelance drummer pada zamannya dia lebih meminati kayu Jenama PREMIER ‘E’ . Bagi saya kayu itu agak ringan dan mudah haus (cepat patah) untuk kegunaan lasak. Tetapi untuk drummer yang banyak memainkan tempo ‘Swing’ rasanya ia sangat baik kerana ia agak ringan .
SILA KLIK UNTUK KE WEBSITE TAMA DRUMSTICKS
SILA KLIK UNTUK KE WEBSITE VIC FIRTH DRUMSTICKS
SILA KLIK UNTUK KE WEBSITE PREMIER DRUMSTICKS
TRICK KAYU DRUM
1 comments:
Thank you for visiting my blog. Do you really mean that! Thanks . actually there's a lot more coming in. Do come and visit again...you're most welcome!
Post a Comment