Saturday, September 12, 2009

TOM-TOM

TOM-TOM.

Berapakah bilangan tom-tom yang praktikal bagi sesebuah drumset? Jawapannya ialah tidak ada satu bilangan yang tertentu. Pada zaman 60an  bilangan standard  ialah satu hanging tom dan satu floor tom. Setup ini sebenarnya sudah semakin popular kembali seperti apa yang boleh kita lihat pada band-band Alternative dan Indy. Mereka lebih banyak menggunakan snare drum
untuk main dan fill in. Malah ada band yang tanpa hanging tom cuma sekadar satu floor tom.
Bagi saya bilangan tom yang ideal ialah 2 hanging tom  dan satu floor tom sudah cukup memadai . Bagi sesetengah setup drum yang mempunyai 4 hanging tom dan dua Floor Tom merupakan bonus kepada Drummer kerana ianya akan memberi peluang kepada drummer untuk lebih explore sempadannya.
Sebenarnya , bunyi tom-tom yang menarik dapat menaikkan mood dan feel drummer dan dengan secara tidak langsung ia akan memberi semacam inspirasi kepada kita untuk bermain dengan cemerlang . Itu yang saya rasai setiap kali berada di Drum Throne.
Bilamana seseorang drummer itu bermain dengan setup yang besar dengan Tom-tom yang melimpah-ruah , pastinya drummer itu akan tampak hebat dan bergaya .

FLOOR TOM
HANGING TOM, FLOOR TOM, BASS DRUM

1 comments:

AkuMuzikFilem said...

bagi saya yang rookie, basic 5-pieces drum set(2 hanging tom, floor tom, snare dan bass drum pun memadai). sudah master basic, rasanya baru ada feeling untuk tampak gah dengan alatan tambahan

Post a Comment