Tuesday, December 29, 2009

UJIAN KEMAJUAN KELAS DRUM RAKAN MUDA

Wow! Harini 27 Disember 2009 Ujian pertama kepada peserta-peserta rakan muda drumset..
Senario Pada hari ini ialah:
  • Ada yang gelabah!
  • Ada yang terkejut!
  • Ada yang bersedia
  • Ada yang bergantung nasib...

Objektif ujian pertama ini ialah untuk menguji sejauh mana para peserta menunjukkan komitmen didalam kursus ini... dan apa sahaja markah yang diperolehi adalah sebagai bukti sejauh mana pencapaian setakat 6 minggu kita menjalani kursus ini... Maknanya ada lagi 9 sesi ... 
Kami para fasilitator drum  iaitu saya , cikgu jamal dan cikgu sanin sangat-sangat mengharapkan hasrat anda semua untuk boleh dan mahir bermain drum akan terlaksana... Sekurang-kurangnya mereka yang bersusah payah datang menyeberang laut semata-mata untuk belajar akan mencapai hasil yang maksimum.

Bagi mereka yang markah mereka kurang jangan berkecil hati... kerana melalui ujian ini kita akan lebih memberi penekanan kepada anda dan mereka yang mendapat markah yang agak baik diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha.

Disebalik itu semua Minggu ini merupakan minggu terakhir Cik Linda bertugas menjaga program ini memandangkan beliau telah tamat kontrak dengan JABATAN  BELIA DAN SUKAN dan saya selaku ketua fasilitator untuk program ini ingin mewakili semua mengucapkan jutaan terimakasih diatas kerjasamanya dan mendoakan kesejahteraannya dan juga disambungkan lagi perkhidmatannya disini....

Berikut adalah markah2 yang anda perolehi

  1. M. Nasharudin (68%)
  2. M.Nazrul (50%)
  3. Siti Rahil (54%)
  4. Nasrullah (54%)
  5. Masyitah Kasim (41%)
  6. M. Izzudin (63%)
  7. M.Abdullah (61%)
  8. M. Syawal (48%)
  9. Intan Syariza (70%)
  10. Maryani (30%)
  11. Ahmad Syarifudin (61%)
  12. Maryati (27%)
  13. M Safwan (70%)
  14. Nur Syariza (55%)
  15. M Hanis M Sukeri (86%)
  16. M Syahirul (41%)
  17. M. Irwan (52%)
  18. M. Hanis M Husain (55%)
  19. M. Helmi (50%)
*Bagi mereka yang belum menduduki ujian ini boleh melakukannya minggu hadapan ...
MINTA KERJASAMA PESERTA MEMAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KURSUS DAN AJAK MEREKA DATANG PADA MINGGU-MINGGU HADAPAN......

Wednesday, December 23, 2009

SESI KE5 20 DISEMBER 2009



Pagi-pagi lagi semua peserta dikejutkan dengan berita Gimnasium diguna untuk perlawanan JUDO...So last2 kita guna bilik stor drum yang telah dijadikan bilik Cyber untuk latihan KITA HARI NI... Saiz bilik memang kecil tapi pada akhir kelas... rumusan yang dapat dibuat ialah keadaan ini adalah lebih baik dari Gimnasium kerana bunyi taklah bergema sangat dan masing-masing diajar untuk mengawal permainan sesuai dengan keadaan bilik itu.
Pada pendapat saya, adalah lebih mudah mengawal semua pemain dalam situasi macam tu.

Perjalanan latihan hari ini:
  • Kehadiran lebih baik
  • Pelatih sudah mula menunjukkan peningkatan dan pemahaman
  • Menghayati muzik
  • Memahami apa yang dimaksudkan tempo
  • Penekanan kepada tone yang dihasilkan
  • Tempo semasa main dan cara mengawal
  • Basic iringan lagu
  • Latihan sight reading(baca skor)
Latih tubi:
  •  paluan satuan
  • double stroke
  • titir(roll)
  • flam
  • drag
  • 16th slow rock 4/4
  • 8th rock 4/4
  • Quarter Rock 4/4
  • 6/8 blues
  • 6/8 swing/shuffle
  • Inang
  • Masri
  • Zapin
  • Joget
  • Asli
  • Lagu 1
  • Lagu 2
  • Lagu 3
  • Lagu 4
  • Lagu 5
  • Lagu Tambahan
*Kemahiran-kemahiran diatas akan diuji pada semua pelatih untuk melihat sejauh mana pencapaian setakat ini mengikut kemampuan diri masing-masing.
Harap semua dapat hadir pada 27 Disember ini

DRUMSET UNTUK DIJUAL (SET BARU)


RM1699
KALAU BERMINAT BOLEH TEMPAH:

  • TERIMA DALAM 30 HARI


  • WARNA BOLEH PILIH


  • 5 PLY BIRTH 2 PLY MAPLE


  • HARDWARE: DIE CAST


  • GRADE: HIGH GRADE


  • KEMASAN:LACQUER




RM1499


  • WARNA BOLEH PILIH


  • 5 PLY BIRTH


  • HARDWARE: CHROME PLATED


  • GRADE: COMMON


  • KEMASAN:PVC


CARA BAYARAN BOLEH DIRUNDING.



SESI KE- 4 13 DISEMBER 2009

Latihan berjalan macam biasa dan pada minggu ni kehadiran agak merosot dan semua perancangan awal tak dapat berjalan dengan lancar. Ramai yang tak hadir .. Pi makan kenduri kut.. Jadi kelas terpaksa ditamatkan awal daripada biasa.Namun begitu bagi yang hadir.. tahniah kerana anda berjaya mendapat tips-tips dan peluang drumming yang lebih memandangkan banyak slot kosong  diisi oleh mereka yang hadir. Bagi yang belum menjelaskan duit Buku dan CD tolonglah settlekan ya....

Thursday, December 10, 2009

JADUAL KELAS DRUM RAKAN MUDA SENI BUDAYA KALI KE-4

TARIKH KELAS:13/12/2009
MASA:8.30 PAGI HINGGA 2.30 PETANG
KEHADIRAN WAJIB: IKUT SLOT DAN MASA YANG DITETAPKAN
TEMPAT: BIASA

  • DATANG AWAL TOLONG ANGKAT DRUM DAN PASANG SEKALI
  • GUNA MASA MENUNGGU UNTUK BUAT LATIHAN ASAS
  • BANYAK BERTANYA DAN JANGAN TUNGGU ORG NAK BAGI SEMUA
  • SEKIRANYA MAHUKAN LAYANAN ISTIMEWA KENA AMBIL KELAS ONE-TO ONE KAT MUSIC CENTRE  BUKAN KAT SINI 30 T0 3 . KITA DAH MINIMAKAN FIVE-TO-ONE.
  • SESIAPA YG NAK TUNGGU SAMPAI HABIS 6 SLOT DIALU-ALUKAN UNTUK TOLONG ANGKAT DRUM DAN SIMPAN
JADUAL:
SLOT 1
8.30-9.30 : En Sanin
  1. Muhammad Iqmal Rahiman
  2. Mohamad Syawal M Yusop
  3. Muhd Farid  Abd Mutalib
SLOT 2
9.30-10.30 : En Sanin
  1. Mohd Amirul Zuki
  2. Kanan A/L Kalimuthu
  3. Muhd Izzudin Azmi
  4. M. Nabil
  5. Saufi
SLOT 3
10.30-11.30: En Jamal
  1. Siti Rahil
  2. Maryati
  3. Maryani
  4. Masyitah
  5. Siti Rabiah
Slot 4
11.30-12.30: En Jamal
  1. Intan Syariza
  2. Nur Syariza
  3. Nurul Afieza
  4. Safwan
Slot 5
12.30-1.30: Cikgu
  1. Ahmad Syarifudin
  2. M Hanis Husain
  3. Muhd Abdullah
  4. Nasrullah
  5. Rafli Shahril
Slot 6
1.30-2.30: Cikgu

  1. M Hanis Sukeri
  2. M Khairul Syazwan
  3. Norhafiz Ismail
Sekiranya ada nama yang tercicir sila datang pada slot yg belum genap 5 orang.Harap Maklum.

Tuesday, December 8, 2009

KELAS DRUM KE -3 RAKAN MUDA SENI BUDAYA

SESI LATIHAN KE 3 INI MENYAKSIKAN PELATIH DIBAHAGIKAN KEPADA 6 KUMPULAN IAITU:
4 KUMPULAN BEGINNER
1 KUMPULAN INTERMEDIATE
1 KUMPULAN ADVANCE

PESERTA DIBEKALKAN DENGAN CD LATIHAN DAN BUKU PANDUAN UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA MEMBUAT LATIHAN DI RUMAH

APA YANG JELAS LATIHAN MINGGU INI SANGAT BERMAKNA KERANA SETIAP PESERTA TIDAK PERLU BERKONGSI MENGGUNAKAN DRUM. MASING-MASING BERPELUANG BERLATIH SELAMA SATU JAM DIBAWAH TUNJUK AJAR 3 ORANG JURULATIH YANG BERWIBAWA.

SELAIN KEMAHIRAN BERMAIN DRUM PELATIH JUGA DI BERIKAN KELAS TEORI MUZIK ASAS OLEH CIKGU SUHAIMEE UNTUK MENYEDIAKAN PELATIH-PELATIH DENGAN ILMU DAN PENGETAHUAN YANG SETIMPAL DENGAN USAHA DAN MINAT MEREKA.

NOTA: SESIAPA YANG INGIN MEMBELI KAYU DRUM SILA MESEJ ATAU CTC CIKGU DI BLOG INI ATAU SMS TERUS.. HARGA KAYU DARI RM20 KE ATAS(Biasa)  RM35 (Kualiti)  Beg menyimpan kayu (RM15 agak2 je)

Sunday, December 6, 2009

SLIP RESULT M. ed Music (Hons) UPSI

SYUKUR ALHAMDULILLAH DAH LULUS...
PENGORBANAN 2 TAHUN DAH BERHASIL....

Saturday, December 5, 2009

KELAS VOKAL RAKAN MUDA SENI BUDAYA

Hari ni kelas Vokal telah diadakan pada jam 10.30 hingga 12.30 tgh. Semua peserta yang datang nampak penuh bersemangat sekali . Tenaga-tenaga pengajar Cikgu Mat, Cikgu Nasib dan Cikgu Anne nampak begitu berpengalaman dalam mengendalikan kelas pada hari ini.
Peserta-peserta telah mendapat banyak tip yang berguna daripada mereka bertiga . Mudah-mudahan  ilmu yang diperoleh  boleh membantu mereka memperbaiki nyanyian dan teknik nyanyian mereka.
Klip-klip video latihan dan penerangan tadi akan dimuatkan nanti... insyallah
Diharap para peserta akan rajin-rajin menjengah blog ini untuk maklumat dan info terkini...
SENARAI LAGU PILIHAN UNTUK LATIHAN BESERTA SENIKATA DAN MIDI FILES AKAN DIMUATKAN DI DALAM BLOG INI SEHARI DUA LAGI..
DAH ADA NANTI RAJIN-RAJIN BERLATIH SEBELUM KELAS YANG AKAN DATANG.....



KOLEKSI LAGU MIDI DAN SENIKATA SILA KLIK

Tuesday, November 24, 2009

JADUAL LATIHAN PROGRAM RAKAN MUDA SENI BUDAYA DRUM






Seperti yang telah dijanjikan pada pertemuan kita pada 22 November 2009. Di sini saya muatkan jadual latihan baru untuk pengetahuan semua peserta kursus.


Klik  untuk membesarkan Jadual

Latihan pada hari Ahad akan dibahagikan kepada 6 slot yang mana saya(Cikgu Suhaimee ,En Jamal dan En Sanin akan mengambil 2 slot setiap seorang. Penetapan Jurulatih akan dimaklumkan sedikit masa lagi.



Tujuan dibahagikan kepada 6 slot ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap peserta memiliki drum setiap seorang semasa sesi latihan dan tidak perlu berkongsi.Walaupun masa untuk setiap peserta hanya 1 jam tetapi saya pasti ianya adalah lebih baik daripada berkongsi 6 buah drum dengan 30 orang selama 2 jam.
BETUL TAK....?
SAYA HARAP DIAKHIR SESI YANG KE 15 NANTI SEMUA PESERTA AKAN BERJAYA MENDAPAT  SESUATU YANG BARU DALAM DIRI MASING-MASING .
JUMPA PADA 6 HB DISEMBER NANTI .

* Untuk memudahkan lagi kursus kita ,saya akan fotostat bahan-bahan yang diperlukan untuk melengkapi kursus ini dan juga Play along CD yang sesuai . Tak mahal bahan fotostat RM5 dan kalau mahu CDnya sekali  tambah le lagi RM 5.... Kalau nak yang original pun ada satu buku Gred 1 + Cd murah sahaja RM 95 je.....Kalau teringin....

Sunday, November 22, 2009

SESI KE-2 RAKAN MUDA SENI BUDAYA DRUM

Hari ini 22 November 2009 sesi ke-2 pertemuan peserta-peserta kursus Drum di Kompleks Belia dan sukan Negeri Pulau Pinang.
Menyedari semangat para peserta yang berkobar-kobar untuk menjalani latihan, ketiga-tiga Jurulatih diketuai oleh Cikgu Suhaimee , En Jamal dan En Sanin@Kaber jelas tidak menghampakan harapan peserta yang hadir walaupun jelas hari ini Jambatan Pulau Pinang ditutup gara-gara Larian Jambatan pulau Pinang. semua Trafik telah dilencongkan ke Feri . Masa yang diambil dari Jalan Bagan Luar ke terminal feri yang jaraknya hanya 2 Km mengambil masa 2 jam. Walaupun terlewat tetapi kelas drum telah berjalan dengan lancar dan tamat jam 1.00 tengahari.
Aktiviti latihan hari ini ialah:
  • Pengenalan kepada nilai-nilai not
  • Pengenalan kepada baluk dan ruang
  • tanda masa dan klef neutral
  • mengenal  not  dan kedudukan pada baluk (kick,snare,hihat, crash cymbal)
  • Teknik Genggaman :  Match grip/ Traditional Grip
  • Bit Krocet  dalam tandamasa 4/4
  • Teknik asas paluan : Beat dan Titir dua-an

Untuk sesi akan datang para peserta dikehendaki membawa:
  • mouse pad
  • clear holder
  • alatulis
  • kayu drum sendiri (opsyenal)
Jadual baru latihan mengikut kumpulan akan dikeluarkan esok sila rujuk blog ini
Bagi mereka yang tidak hadir minggu ini sila hadir seperti ketetapan  asal  10.30-12.30 tgh.
Sesi Ke-3 akan diadakan pada 6  Disember 2009. AHAD



   

Tuesday, November 17, 2009

PEMASANGAN DRUMSET UNTUK KURSUS DRUM RAKAN MUDA SENI BUDAYA



Pada 17 November 2009 Jam 10 pagi, sekumpulan 7 orang ahli dari Pasukan  Pancaragam Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin telah hadir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk membantu Ketua Fasilitator Kursus Seni Budaya Peringkat Negeri Pulau Pinang Cikgu Suhaimee yang juga merupakan jurulatih Pancaragam SMSTSSS untuk memasang 6 Unit Drum Set yang telah dibekalkan oleh kerajaan untuk program berkenaan.

Sunday, November 15, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA SENI BUDAYA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG






KEPADA SEMUA YANG TELAH MENDAFTAR DENGAN PROGRAM RAKAN MUDA UNTUK MENYERTAI KURSUS MUZIK RAKAN MUDA SENI BUDAYA
  • DRUM
  • GITAR
  • VOKAL

Friday, November 6, 2009

HARI Q KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM SMSTSSS

TONTON KLIP VIDEO ACARA PERSEMBAHAN DALAM MAJLIS BERKENAAN
: PERSEMBAHAN OLEH TUN SYED BAND
LAGU: ASCENTIUM
LAGU TAK ADA LOGIKA
lagu school spirit dan la cucaracha junior band form 1 2009
lagu malaysia tanahairku
lagu gemilang
lagu bunyi gitar

Tuesday, September 15, 2009

MALAYSIA DRUMMER ZONE

Siapa yang tidak suka mengetuk, bergendang kesana kemari baik di dinding , di atas meja mahupun di pintu ?. Bergendang dalam bahasa mudahnya sebenarnya telah dipelopori oleh nenek moyang kita sejak dari zaman pra sejarah lagi.

Monday, September 14, 2009

TEKNIK MEMASANG DRUM SET

Sesetengah Drum set yang baru dibeli didatangkan dalam kotak dan memerlukan kita untuk memasangnya dari A hingga Z. Bagi mereka yang baru belajar atau baru mula hendak belajar, tugasan ini mungkin  satu perkara yang sukar.

Sunday, September 13, 2009

KULIT DRUM

Kulit drumset juga memainkan peranan utama dalam menentukan bunyi yang terhasil. Antara jenama-jenama yang terkenal ialah REMO buatan USA. Terdapat pelbagai versi REMO iaitu U.S REMO  dan REMO under licenced yang dibuat di Taiwan, Jepun, China, Filipina dan beberapa buah negara lagi.

Saturday, September 12, 2009

PAD DAN KIT LATIHAN

PAD LATIHAN :
Pad Latihan adalah alat yang digunakan untuk latihan bertujuan untuk mengelakkan bunyi bising kayu drum dan juga untuk mengurangkan kerosakan kayu drum jika dimainkan di atas permukaan lain. Ia juga memberi kesan(feel) yang agak sama dengan kulit drum yang sebenar tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat .

PENJAGAAN DAN PENYELENGGARAAN DRUM

Drumset seperti juga alat-alat muzik yang lain perlu diberi perhatian dan penjagaan sempurna untuk memastikan ianya berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

FILL IN

FILL IN
Seseorang drummer yang tulen mempunyai instinct tersendiri tentang Fill in. Semasa kita memainkan sesuatu rhythm pattern drummer akan tahu apa yang perlu dibuat bila sampai masa dan ketikanya walaupun tanpa skor. Fill in yang ditulis, lebih teratur dan konsisten.

TOM-TOM

TOM-TOM.

Berapakah bilangan tom-tom yang praktikal bagi sesebuah drumset? Jawapannya ialah tidak ada satu bilangan yang tertentu. Pada zaman 60an  bilangan standard  ialah satu hanging tom dan satu floor tom. Setup ini sebenarnya sudah semakin popular kembali seperti apa yang boleh kita lihat pada band-band Alternative dan Indy. Mereka lebih banyak menggunakan snare drum

BASS DRUM

BASS DRUM
Cuba bayangkan bagaimana bermain drum tanpa Bass Drum. Tentu sekali perasaan tidak puas itu akan terasa. Bass Drum juga merupakan komponen terbesar di dalam drumset dan bahagian yang paling susah dari segi logistik jika anda mempunyai kereta yang kecil.

Thursday, September 10, 2009

KICK DRUM PEDAL

KICK DRUM PEDAL
Ianya merupakan nadi kepada permainan drum. Tanpa kick drum pedal  pastinya  permainan drum menjadi tidak bermakna . Untuk pengetahuan anda , terdapat dua jenis kick drum pedal di pasaran. Yang pertama ialah single kick pedal. dan yang kedua ialah double kick pedal.

Wednesday, September 9, 2009

VIRTUAL DRUMSET

DRUM THRONE

DRUM THRONE
Untuk bermain dengan selesa dan dalam jangkawaktu yang panjang , apa yang penting ialah Drum Throne yang baik. Sekarang ini  sudah ada drum throne yang mempunyai penyerap hentakan (absorber) untuk memberi keselesaan kepada pemain

SNARE DRUM

SNARE DRUM
Snare Drum merupakan satu daripada tiga senjata utama dalam permainan drum selepas Hi hat dan Bass Drum. Kebanyakan drummer sangat-sangat menitikberatkan soal snare drum kerana snare drum merupakan alat yang paling banyak digunakan oleh semua drummer.

SEJARAH DRUMSET

SEJARAH DRUMSET

DRUMSET TERCIPTA SETELAH ORANG MENCIPTA PADDLE BASS DRUM

NOTASI DRUMSET

NOTASI DRUMSET

Adalah menjadi satu kelebihan kepada seseorang drummer jika beliau mampu membaca skor muzik dengan baik kerana dengan kebolehan ini beliau mampu menguasai apa sahaja lagu yang digubah atau dicipta mengikut kehendak penggubah . setiap notasi yang ditulis bak kata orang "Dia kutip habis" ...

Teknik Asas Paluan menggunakan Match Grip /Traditional Grip

BIOGRAFI

Tuesday, September 8, 2009

MEMILIH KAYU DRUM

KOLEKSI KAYU DRUM


Bila kita bercakap tentang bermain drumset kita mesti tidak dapat mengelakkan daripada bertanyakan tentang kayunya.

DRUM TAB

Bagaimana Membaca Drum Tab


Membaca Drum Tabs

 Drum Tablature   ialah satu kaedah notasi selain daripada kaedah notasi konvensional. Notasinya menunjukkan komponen-komponen lagu yang perlu dimainkan oleh seseorang drummer. Sama  seperti notasi biasa, ia mengandungi arahan kepada ahli muzik yang mana membolehkan mereka untuk meniru permainan drum untuk sesebuah lagu.

RENTAK MELAYU TRADISIONAL (Drumset)

RENTAK JOGET

Malaysia juga kaya dengan rentak-rentak tradisionalmya. Di antara rentak-rentak itu adalah Rentak Joget. Rentak Joget dikaitkan dengan Bangsa Portugis yang menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Lagu Joget Portugis yang terkenal ialah lagu Jingkling Nona. Kini rentak joget terkenal diseluruh Tanah Melayu sebagai suatu rentak yang bertenaga . Antara lagu-lagu Joget yang terkenal ialah Joget Malaysia,Joget Pahang(P.Ramlee), Joget Kelantan, Joget Mak Enon(Carefree) Joget Penghibur
Beginilah bunyinya rentak Joget bila

Thursday, September 3, 2009

DRUM TORQUE dan DRUM DIAL

DRUM TORQUE
Drum Torque Wrench  ialah di antara alat yang digunakan untuk menala (tuning) drum bagi mendapatkan pelarasan yang sama rata di antara nat-nat drum .

Cymbal

Cymbal

Dave Weckle : Drum Set dengan pelbagai jenis Cymbal .

Cymbal adalah diantara komponen penting di dalam drum. Ia memainkan peranan yang sama penting dengan komponen-komponen lain didalam sebuah set-up drumset. Apabila kita membeli drum berharga rendah anda akan diberikan sepasang Hi-hat dan sebuah cymbal . Cymbal yang diberikan itu pula selalunya berkualiti rendah sekadar untuk mencukupkan sifat sesebuah drumset.

Wednesday, September 2, 2009

Bagaimana Mengawal Tempo

METRONOME  TRADISIONAL

Tuesday, September 1, 2009

DRUMMER-DRUMMER LAGENDA TEMPATAN

Siapakah drummer tempatan pilihan anda ?
Senarai drummer-drummer dalam muzik "mainstream " di Malaysia.
1. LEWIS PRAGASAM
Saya membesar dengan mengenali nama ini dan beliau dikategorikan sebagai antara drummer terhebat Asia . Beliau menubuhkan kumpulan  ASIA BEAT yang terkenal dengan muzik Jazznya  yang unik dan gemar menggabungkan elemen muzik tradisional kaum-kaum di Malaysia iaitu alat-alat perkusi Melayu, India , Cina dan etnik-etnik lain di Malaysia di dalam  persembahannya .

Monday, August 31, 2009

JENAMA DRUM DI PASARAN

JENAMA-JENAMA DRUM



Senarai jenama-jenama drum yang masyhur dalam pasaran.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN IMEJ
Di antara pengeluar DRUM SET yang terkenal ialah

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN



Sila klik di atas untuk mendengar lagu TAKE FIVE oleh : Dave Brubeck

PERKAKASAN

Perkakasan
Selain daripada drum dan cymbal , perkakas lain yang diperlukan oleh sesebuah drum ialah stand untuk drum snare, Bass Drum Paddle(Single atau Double) Stand untuk Hi hat dan Cymbal , Rak untuk Tom
Kebiasaannya perkakas ini diperolehi bersama-sama dengan drum yang dibeli dalam satu pakej.

MEMILIH DRUMSET ANDA

MEMILIH DRUM ANDA
feleceh



Sebuah drumset yang asas termasuklah sebuah snare drum, bass drum, 2 buah tom-tom, 1 floor tom, Hi hat, Crash cymbal, Ride Cymbal dan Throne(bangku)

Drumset terbahagi kepada 2 jenis
1.Drumset Akustik

MASTERI BEAT ASAS

MASTERI BEAT ASAS
Dengan kebolehan bermain beberapa jenis rentak asas anda sudah boleh melayakkan diri anda menyertai mana-mana kumpulan muzik rock yang anda idamkan. Ritma di dalam seksyen ini meliputi semua gaya yang anda pernah temui. Apa yang penting ialah anda mestilah mampu bermain dengan padu, mantap dan bertenaga.

Sunday, August 30, 2009

DRUM STROKE

“Drum Strokes”


Pada asasnya terdapat lima jenis drum stroke iaitu stroke asas, rim shot, rim tap , dead sticking  dan flam. Kelima-lima stroke ini berkaitan dengan cara pukulan kayu pada snare drum. Berikut ialah penjelasan yang lebih terperinci tentang stroke-stroke berkenaan .

Saturday, August 22, 2009

MALAYSIA DRUMMER ZONE

 MALAYSIA DRUMMER ZONE
KANDUNGAN BLOG INI ADALAH SEBAGAI MEDAN RUJUKAN DAN PANDUAN KHUSUS UNTUK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH 
PENUNTUT IPT YANG MENGIKUTI KELAS TEKNIK PERKUSI
DAN ENSEMBLE INSTRUMENTAL